::Blog Abah Careno::

Saturday, September 5, 2015

Tarikan terbaru Legoland Malaysia - LEGO Ninjago Live Show

Legoland Malaysia perkenal tarikan terbaru untuk pengunjung... Ni kali ketiga aku ke Legoland dan aku tak pernah rasa jemu ke sini sebab Legoland Malaysia sentiasa ada tarikan terbaru untuk pengunjung... Bukan Akiff jer excited bile nak ke sini tapi aku yang remaja purba ni pun tumpang teruja...


25 Ogos lepas aku dengan Ujang, Sue dan jugak Qaseh wakil dari Kelab Blogger Ben Ashaari dijemput ke Legoland Malaysia untuk melihat sendiri persembahan pertama Ninjago The Realm of Shadow Live...

Majlis pelancaran ni di sempurnakan oleh Dato' Mirza Mohammad Taiyab iaitu Pengurus Besar Tourism Malaysia dan Mark Germyn selaku Pengurus Besar Legoland Resort Malaysia...

Dalam majlis tu jugak dipersembahkan aksi Ninjago sebagai memperkenalkan antara watak yang ada dalam persembahan Ninjago The Realm of Shadow Live...


Gempak jugak diorang ni... badan boooolat pun boleh lompat tunggang terbalik... hahaha... memang betul-betul Ninjago nihhh...

Selesai upacara rasmi perasmian Ninjago The Realm of Shadow Live, kitorang dibawa masuk ke dalam Lego City Stage untuk persembahan pertama Lego Ninjago ni... 

Ni antara watak yang ada... watak-watak utama dalam show ni adalah Kai, Nya, Zane, Cole dan Lloyd...  show ni berkisar tentang misi melindungi Yin Yang Dragon dari dicuri oleh Evil Clousedan Shadow Minions sebab baby dragon tu nanti diramalkan akan membesar menjadi sangat kuat dan berkuasa... Jadi diorang kena selamatkan Yin Yang Dragon tu dari terlepas ke tangan pihak jahat... Yang menariknya, show ni jugak ada memerlukan kerjasama penonton untuk sama-sama membantu diorang... Korang memang kena tengok sendiri show ni... memang bestttt!!!

Skrip untuk pementasan ni ditulis sendiri oleh pemenang anugerah Hollywood iaitu Kevin dan Dan Hagemen... diorang ni jugak yang buat skrip untuk film Lego The Movie dan siri Ninjago... hebat giler kannn...

Korang cuba perhatikan gambar-gambar atas ni... nampak kan yang latar belakang dan lokasi tu sentiasa bertukar dan berubah.. sebenarnya atas stage tu jer, memang tempat sama cuma background tu adalah dari pancaran cahaya... bende tu akan bertukar dan bergerak dan memang terasa real giler... rasa macam kite ade dalam show tu sekali... Dah la aku 1st time tengok show live cenggini... kagum giler rasanya...

Setiap watak lego tu dikendalikan oleh lebih dari sorang untuk menggerakkan dia seperti hidup... memang perlu latihan yang kuat untuk mahir sebab pergerakan mulut ketika bercakap, body language dan gaya bercakap puppet lego ni memang real... macam hidup... tak nampak kaku langsung...

Okeh ni bayangan yang korang akan nampak... orang yang serba hitam tu ibarat bayang-bayang watak tu laa.. diorang yang menghidupkan watak ni... tapi serius cakap, aku tak terganggu langsung dengan pergerakan orang hitam tu sepanjang show sebab masa show tu aku hanya nampak watak lego ninjago tu macam bergerak sendiri jer... Show selama 20 minit ni memang terasa kejap jer...

Ni antara pemain watak-watak tu dan paling bangga ialah diorang ni adalah anak tempatan sendiri yang menjayakan watak-watak ni... Fuhhhh... terbaek la korang!!!

Habis show macam biasa laaa... Akiff start terpengaruh dengan watak Ninjago... sebelum ni die tak layan sangat Ninjago tapi tibe-tibe jer boleh terminat pulak dengan Ninjago... hahaha...

Haaaa nampak... hahaha... bile tengok Akiff happy dan enjoy layan show ni... aku lagi berganda la happy nyaaaa...
Korang yang ke sana nanti jangan lupa bergambar dengan maskot Lego Ninjago ni... 

Thanks Legoland Malaysia sebab jemput kitorang... bangga rasanya dapat jadi antara yang pertama tengok show ni... Korang yang dah plan nak ke Legoland Malaysia boleh la plan cepat-cepat ke sana... aku yakin Ninjago The Realm of Shadow Live ni akan jadi antara pengalaman terbaek korang sepanjang visit korang ke Legoland Malaysia....

Tahniah Legoland Malaysia sebab sentiasa menyediakan sesuatu yang terbaru dan hebat untuk pengunjung...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tahukah anda!
LEGO Ninjago Live Show ni adalah seperti persembahan puppet tradisional Jepun.

Tahukah anda!
Setiap watak pupper lego Ninjago adalah berketinggian 1.2 meter...

Tahukah anda!
Untuk menyiapkan satu watak pupper lego Ninjago ni memerlukan antara 12-15 orang tukang dan disiapkan lebih dari 180 jam...

Tahukah anda!
Dragon dewasa dalam persembahan ni memerlukan tempoh masa paling lama untuk disiapkan...

Tahukah anda!
Setiap puppet diperbuat dari EVA foam, plastik, aluminium, carbon fiber dan fabrik...

Tahukah anda!
Puppet Lego Ninjago adalah hasil cantuman 32 bahagian untuk membentuk 1 puppet...

Tahukah anda!
Setiap puppet Lego Ninjago dikawal oleh dua orang iaitu sorang kontrol bahagian badan untuk body language dan sorang lagi kontrol kepala termasuk pergerakan mulut puppet...

Friday, September 4, 2015

Giveaway Legoland, Blog Abah Careno

Giveaway ni aku ada anjurkan minggu lepas kat instagram aku... sajer buat suke-suke sebab minggu sebelum tu aku ade ke Legoland... ni kirenyer teaser aku sebelum aku keluarkan entry pasal tarikan terbaru yang ada kat Legoland Malaysia...

Tahniah kepada pemenang yang telah dipilih secara rawak... terima lah ole-ole tak seberapa dari aku ni... hehehe...

Jemput la follow instagram aku @lan_careno (klik)



Kenny Rogers Roasters ada menu baru

Kenny Rogers Roaster (KRR) kini ada menu terbaru Kenny's Honey Glazed Chicken seperti dalam gambar bawah ni...

Korang lapar tak? Kalau tak lapar apa kata try tenung gambar ni lama-lama... hahahaha... 

Sedap giler wehhh... menu kat Kenny Rogers memang tak pernah mengecewakan aku... nampak ayam die dok bergolek dalam kebuk pembakar tu memang boleh buat nafsu makan aku jadi huru hara... hahaha...

Semalam aku dengan family sempat la ke majlis santai blogger dengan pihak Kenny Rogers Roasters kat Times Square untuk cuba menu baru diorang, Kenny's Honey Glazed Chicken... Secara jujur memang aku suke sangat dengan menu terbaru ni... ayam yang dipanggang disalut dengan madu memang serius sedappp... dan paling penting konsep ayam rendah kalori tu masih dikekalkan malah ada khasiat tambahan dari madu...

Akiff pun cakap sedap... die tu cerewet bab makan tapi semalam bile die rasa ayam yang ada madu tu kemain mintak nak banyak... aku dengan Miss Permaisuri kena share bagi ayam kitorang kat die sorang sikit... rasa macam nak mintak extra sepinggan lagi tapi malu lak... kehkehekeh... takpe, minggu depan kite repeat balik... kena ambik sorang sepinggan... takmo share...

Ehhh haaa... Nah Azif tunjuk kertas menu tu... harga bagi aku memang munasabah ia... ade 3 pilihan iaitu Honey Glazed Chicken Meal, Honey Glazed Chicken Lite Meal dan Honey Glazed Chicken Soup Meal... pilih sendiri nak yang mana...

Ais krim single happiness ni boleh add on dari set tu... 

Akiff kusyuk layan ais krim... 

Haaa... Muffin kat Kenny Rogers ni memang berhantu.,.. sebab kalau korang dah rasa sekali kompom jadi macam aku, lalu jer depan Kenny Rogers mana-mana mesti nak singgah tapow muffin die... pelik lak aku sebab sedap die tu lain macam bile makan panas-panas... sorang sebijik memang tak cukup...

Memang selalu ramai jer yang tapow muffin tu...

Nyummmm... sedappppp...

Antara blogger yang ada semalam... Thanks Kenny Rogers Roaster sebab sudi jemput aku sekeluarga dan jugak rakan-rakan blogger lain untuk test menu terbaru diorang.. memang sedapppp!!!! Korang jangan lupa try menu terbaru Kenny's Honey Glazed Chicken ni cepat sebab menu ni bukan permenant kat situ... Limited time only!!!... Lebih kurang 2 bulan jer menu ni ade... lepas tu dah takde lagi dah... rugi kalau tak sempat try... So, cepat-cepat ke Kenny Rogers Roaster untuk cuba kesedapan menu ni sendiri...

Haaaa... sempena dengan promosi Kenny's  Honey Glazed Chicken ni, pemegang kad KRR boleh menikmati diskaun 5% dari keseluruhan bil dengan pembeliaan Kenny's Honey Glazed Chicken sekiranya membuat pembayaran melalui kad KRR tu... boleh juga add on Soup of the day & ice cream single happiness atau iced lemon tea dengan hanya tambahan RM3.50*...

Aku dah ada kad KRR ni... korang bila lagi? Hehehe... Banyak benefit bile ade kad ni... Nak tahu lebih info pasal kad ni boleh klik sini...

Untuk info lanjut dan promosi terkini boleh layari :